Friday, September 18, 2009

perjalananku

Posted by oXalAto jiEmiTo at 1:31 AM

Career Development Plan

Alkisah bermula....

Bab 1

Setelah memasuki alam matrikulasi, saya memasang impian yang sangat besar untuk menjadi seorang pensyarah. Ia ibarat satu titik mula untukku supaya belajar dengan lebih tekun lagi. Banyak pancaroba yang telah saya lalui....ku lepasi segala tembok besar kemalasan dan ku renangi lautan bara api kealpaan demi mengejar cita-cita ku. Segala bentuk cobaan yang melanda, akhirnya berjaya ku redah jua. Bersujud syukur aku kepadaNya atas segala nikmat yang telah diberikan. Berkat doa ibu bapa dan keluargaku, akhirnya aku berjaya menamatkan program matrikulasi. Saya amat bersyukur atas semua kurniaanNya. Alhamdulillah....


Bab 2

Setelah tamat matrikulasi, aku memasang cita-cita untuk menjadi seorang pendidik lalu ku mengisi UPU dengan matlamatku agar dapat belajar di UPSI. Permohonanku diterima dan diminta untuk menghadiri sesi temuduga di USM, Penang. Apabila keputusan kemasukan ke universiti diumumkan, aku memanjatkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi kerana ku diterima belajar di UPSI, Tanjung Malim. Bertambah gembira kerana di UPSI mendapat pengkhususan KIMIA, matapelajaran kegemaranku daripada sekolah menengah lagi. Sekarang sudah semester 3 dan perjalananku sebagai bakal seorang guru telah bermula. Alhamdulillah, kini ku mendapat biasiswa KPM dan akan ku manfaatkan sebaik-baiknya sepanjang pengajianku di UPSI....
Bab 3

Impianku kini menggunung setelah tamat pengajianku di UPSI. Saya berhajat ingin menyambung dan melanjutkan pelajaran ke tahap yang paling tinggi. Jikalau ada rezeki nak sambung master di University of Nottingham, United Kingdom. Kita kena mengaut segala pengalaman yang ada, sebab itu saya suka mengembara dan boleh melihat negara orang. Bak kata pepatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Seterusnya, kalau ada rezeki lagi sambung PhD pulak. Bakal begelar Dr. Mohd Hamizi lepas itu. Kalau rezeki datang lagi, sambung lagi belajar. Masa itu, semua orang boleh panggil saya Professor Dr. Mohd Hamizi yang pakar dalam KIMIA. Kesemua itu impian saya dan impian yang bakal saya kotakan. Berdoalah untuk saya. Mudah-mudahan Allah memakbulkan perjalanan hidup saya ini. Amin....



University of Nottingham, United Kingdom.


Alkisah bakal bersambung di episod yang akan datang....

0 comments on "perjalananku"

 

E-pOrT fOLio mIEzy ziEmY Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez | Distributed by eFree Blogger Help