Overall reflection
Part 2
Picasa
Picasa merupakan satu sofware yang berguna untuk sesiapa yang suka edit gambar. Picasa ini merupakan sesuatu sotware yang asas untuk mengedit gambar. Kalau dah advance boleh beralih arah kepada software yang lebih tinggi seperti photoshope. Picasa amat mudah untuk dipelajari dan senang untuk difahami. Saya sangat senang menggunakan picasa kerana ianya amat mudah untuk di ekses dan dipelajari. Murid-murid sekolah pun boleh cuba ye..cikgu Hamizi sangat menggalakkan murid-murid mencubanya. Di bawah ini ada contoh-contoh gambar yang telah di edit dalam picasa. Menarik sangat-sangat..(",)


tengok, macam-macam boleh buat guna picasa..rugi kalau tak mencuba..
Smart Board
Selalu kita mendengar mengenai papan putih dan juga papan hitam, tetapi jangan terkejut bila smart board diperkenalkan. Dengan hanya menggunakan jari sahaja mampu menulis di atas board tersebut. Itu sudah cukup mengagumkan bagi sesiapa yang belum pernah mencuba. Saya telah mencubanya dan mendapati bahawa smart board ini sesuatu yang amat mengagumkan saya. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran mampu menarik minat dan perhatian pelajar terhadap matapelajaran tersebut. Di harap penggunaannya dapat dipraktikkan di seluruh sekolah-sekolah di Malaysia.
ni la contoh smart board yang kami telah pelajari..menarik kan..huhuhuhu..
0 comments on "refleksi part 2"
Post a Comment