Sunday, October 18, 2009

refleksi part 3

Posted by oXalAto jiEmiTo at 8:11 PM

Overall Reflection

Part 3

CamStudio

CamStudio satu lagi aplikasi yang dipraktikkan dalam kelas ICT in Chemistry. CamStudio mempunyai banyak kegunaanya kepada pelajar mahupun guru. Guru dapat menerangkan dalam tayangan video secara teliti dan menyeluruh melalui penerangan melalui perkataan. Perkataan dapat dimuatkan dalam video tersebut melalui prosedur tertentu. Secara tidak langsung, kerja guru dapat dipermudahkan dan penyampaian isi kandungan pelajaran dapat disampaikan dengan jelasnya. Saya begitu berharap agar perlaksanaanya dapat dipraktikkan di sekolah-sekolah kerana ianya amat berguna sekali. Sekian terima kasih.


..ini lah application yang terdapat dalam CamStudio..

Cooliris

Cooliris sesuatu yang amat mengujakan bagi saya. Cooliris seperti power point tetapi ianya lebih menarik dan lebih canggil selaras dengan perkembangan teknologi sekarang. Cooliris dapat menarik minat pelajar kerana ianya begitu interaktif dan mampu meninggalkan kesan yang mendalam dalam proses P&P. Saya rasa cooliris adalah salah satu aplikasi terkini yang mampu dipraktikkan oleh guru bagi menggantikan power point yang telah lama digunakan. Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kepada Miss Asmayati kerana telah banyak ilmu yang dicurahkannya untuk kami. InsyaAllah, kami akan memanfaatkannya dalam proses P&P kelak. Jasamu dikenang. Love u!


nampak menarik kan! cuba la ek..pasti x rugi..(",)

0 comments on "refleksi part 3"

 

E-pOrT fOLio mIEzy ziEmY Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez | Distributed by eFree Blogger Help