Sunday, October 11, 2009

Falsafah kU

Posted by oXalAto jiEmiTo at 8:28 PM

"Pendidik Bitara Keunggulan Diri"



Mempersiapkan anak bangsa yang berwawasan dan berilmu. Generasi yang celik ilmu bakal menjadi tunjang kepada keutuhan bangsa, agama dan negara. Guru yang berwawasan bakal mencetus pemikiran minda kelas pertama anak muridnya dan sekaligus memantapkan pendidikan negara ke arah yang lebih unggul. Perkembangan pendidikan di Malaysia adalah sejajar dengan arus pendidikan dunia yang menitikberatkan pendidikan di setiap negara membangun. Perlaksanaannya pula perlu seimbang supaya pembangunan pendidikan yang dirancang mempunyai haluan dan arah tuju yang sempurna.

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan dalam kelas mampu menarik minat pelajar untuk mendalami serta memahami matapelajaran tersebut. Guru seharusnya bijak mengawal keadaan bilik darjah agar persekitaran yang kondusif mampu dizahirkan.
Pengalaman yang berguna seharusnya dimanfaatkan oleh pelajar agar setiap ruang masa bersama guru ketika proses P&P mampu terlaksana dengan jayanya. Kemantapan prestasi guru bergantung kepada pelajar untuk menerima serta mengadaptasi pembelajaran sedia ada dalam mengaharungi kehidupan sebagai 'seorang pelajar'.





Pendidik bitara tunjang negara,
Menjunjung amanah negara tercinta,
Pelajar cemerlang aspirasi bangsa,
Lahirnya mampu menggegar dunia.



0 comments on "Falsafah kU"

 

E-pOrT fOLio mIEzy ziEmY Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez | Distributed by eFree Blogger Help